IPOH: Harimau belang yang dilaporkan berkeliaran di sekitar kawasan Kampung Orang Asli Tonggang sehingga Kem Pasukan Gerakan Am (PGA) Ulu Kinta di sini sejak minggu lepas, berjaya ditangkap awal pagi ini.
Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak Yusoff Shariff berkata harimau berusia dalam lingkungan empat tahun dan berat sekitar 90 kilogram (kg) itu ditangkap selepas ditembak peluru pelali.
"Perhilitan cuba menghalau harimau berkenaan namun gagal. Sehubungan itu, keputusan diambil untuk menembak pelali, dan harimau tersebut berjaya ditangkap sekitar 4.30 pagi, kira-kira 500 meter dari jarak perangkap dipasang.
"Kita percaya harimau ini adalah haiwan sama dalam video yang tular beberapa hari lepas," katanya ketika dihubungi hari ini.
Yusoff berkata harimau berkenaan akan dihantar ke Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan (NWRC) Sungkai bagi tujuan pemeriksaan kesihatan.
Pada 14 Dis lepas, tular video yang dirakam sekumpulan Orang Asli memaparkan kelibat harimau belang berkeliaran di kawasan Kem PGA Ulu Kinta menghala ke laluan perkampungan Orang Asli Tonggang.
Sehari selepas itu, dilaporkan kelibat haiwan itu dilihat beberapa penduduk Rancangan Perumahan Awam 2 (RPA 2) berhampiran Kem PGA, berlegar-legar di kawasan penempatan mereka.
Selain itu, Yusoff berkata Perhilitan turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kerjasama yang diberikan penduduk sekitar dalam memastikan kejayaan operasi berkenaan.
"Walaupun saya akui mereka cemas, namun kesemuanya memberikan kerjasama baik terutama dalam mengikut arahan yang dikeluarkan dari semasa ke semasa oleh pihak Perhilitan," katanya.
Sementara itu, penduduk RPA2 Rozaime Che Embi, 37, melahirkan rasa syukur kerana tangkapan yang dilakukan dapat menghilangkan ketakutan masyarakat setempat.
"Ini kali pertama dalam hidup harimau masuk ke kampung kami. Ia kenangan yang tak akan dilupakan sampai bila-bila. Terima kasih juga kepada Perhilitan kerana komited untuk memastikan operasi tangakapan itu berjaya," katanya sambil berharap Perhilitan akan terus memantau kawasan berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 20 2023
Harimau berkenaan akan dihantar ke Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan (NWRC) Sungkai bagi tujuan pemeriksaan kesihatan.- Gambar hiasan/EPA
4 lagi wartawan terbunuh dalam serangan Israel di Gaza
Empat lagi wartawan Palestin terbunuh dalam serangan terbaru Israel di Gaza menjadikan jumlah korban pengamal media kepada 147 orang.
Majikan tipu pekerja asing di Pengerang gagal bayar tunggakan gaji, berdepan pendakwaan
Majikan yang didakwa melakukan penipuan terhadap pekerja asing di Pengerang, Johor, didapati masih tidak membuat sebarang pembayaran gaji.
MediaTek umum cip Dimensity 8250 dengan teknologi 4nm
Dimensity 8250 dilengkapi lapan teras CPU dengan konfigurasi 1 x Arm Cortex-A78 3.1GHz, 3 x Arm Cortex-A78 3.0GHz dan 4 x Arm Cortex-A55 2.0GHz.
Xi, Putin hadir rasmikan Tahun Budaya China-Rusia
Xi berkata hubungan China-Rusia dalam tiga perempat abad lalu memperlihatkan pengukuhan dan pengembangan persahabatan sesama jiran.
Serangan balai polis Ulu Tiram: Bedah siasat dua mangsa, suspek sedang dijalankan
Tinjauan mendapati laluan serta pekarangan Jabatan Perubatan Forensik, HSI dikawal ketat anggota polis.
Empat individu termasuk wanita Vietnam ditahan terlibat sindiket pinjaman tanpa lesen
Selain wanita warga asing, turut ditahan tiga lelaki tempatan berusia 22 hingga 34 tahun.
Insiden Balai Polis Ulu Tiram: Jangan kongsi maklumat tidak pasti - Fahmi
Orang ramai perlu mendapatkan maklumat daripada sumber yang sah bagi memastikan mereka tidak menyebarkan maklumat yang tidak betul.
Jemaah Islamiyah ancaman utama keselamatan Asia Tenggara
JI terkenal kerana terlibat dalam beberapa serangan pengganas besar di rantau ini, termasuk pengeboman kelab malam Bali pada 2002 yang mengorbankan 202 nyawa, kebanyakannya pelancong asing.
Agenda AWANI: Mentakrifkan semula kejayaan
Apakah strategi Yayasan Peneraju dalam memperkasa dan meningkatkan penyertaan Bumiputera dalam penciptaan nilai dan penguasaan ekonomi dalam sektor baharu?
Diskusi dan analisis dalam Agenda Awani jam 9:00 malam ini.
Diskusi dan analisis dalam Agenda Awani jam 9:00 malam ini.
Huawei perkenal inovasi terbaharu WATCH FIT 3, Matebook X Pro
Boleh dipadankan dengan kedua-dua peranti iOS dan Android serta bateri yang mampu bertahan sehingga 10 hari, HUAWEI WATCH FIT 3 memastikan pemakai kekal berhubung dengan lancar.
Hanya tinggal 50 harimau belang di Perak
Inventori bagi spesies-spesies tertentu terutamanya mamalia besar yang terancam turut melibatkan gajah dan seladang.